Saya pernah mengalami masalah “NTLDR is Missing” bila saya mula-mula hidupkan komputer. Bila ini berlaku saya tak dapat nak log masuk ke bahagian Desktop. Masalah ini mungkin berlaku disebabkan oleh Windows Boot Loader tidak dijumpai dalam sistem dan NTLDR telah corrupt ataupun telah di Delete.
Jadi apa yang saya buat ialah:
1. Tukarkan First Boot Sequences kepada CD-ROM.
2. Masukkan CD Windows dan Reboot/Restart.
3. Tekan apa-apa butang bila keluar “Press any key to boot from CD”.
4. Tunggu hingga muncul “To repair a Windows XP installation using Recovery Console, Press R”, anda klik butang R.
5. Anda akan ditanya sistem mana yang anda hendak baiki, masukkan angka 1 dan tekan Enter.
6. Anda akan diminta untuk masukkan Password Admin jika ada. Jika tiada abaikan dengan menekan butang Enter jika.
Lepas tu taip:
COPY D:\I386\NTLDR C:\
COPY D:\I386\NTDETECT.COM C:\
7. Tukarkan D: kepada drive CD-ROM anda
8. Remove CD dan Restart computer.
Cara ini kadang-kadang menjadi dan kadangkala tidak untuk sesetengah komputer. Saya pun tak tau apa sebabnya. Untuk langkah keselamatan, apa yang perlu anda buat adalah buat Backup benda-benda penting dulu sebelum anda menangis tak berlagu bila komputer kena Format. :-D
P/S: Untuk pengguna Windows XP sahaja.
October 4, 2011 at 5:52 PM
boleh try benda nie.....